Madrasah Ehya Ulumiddin

0

Posted on : 2:57 AM | By : Ringgo | In :

Madrasah Ehya Ulumiddin  yang sebelum ini dikenali dengan nama Pondok Tuan Guru Haji Saad Mogoi yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 . Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Saad Bin Haji Awang . Pada ketika itu bilangan pelajar seramai lebih kurang 250 orang termasuk pelajar perempuan . Tuan Guru Haji Saad telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1969 , satu kehilangan besar yang dirasai oleh pelajar pondok dan penimba ilmu yang masih dahagakan ilmu dari beliau . 

Madrasah Ehya Ulumiddin telah dikesinambungankan oleh menantu beliau yang bernama Tuan Guru Haji Abdul Razak Bin Said dari 1970 . Dalam keadaan dan situasi masyarakat setempat yang tidak komited dengan pengajian ilmu Islam , Madrasah Ehya Ulumiddin  kini hanya tinggal pelajar warga emas yang seramai sekitar 30 orang sahaja .

Namun begitu , Tuan Guru Haji Abdul Razak tidak berputus asa dalam memperjuangkan ajaran Islam dimana beliau dan Ahli Jawatankuasa Madrasah telah membeli sebidang tanah seluas lebih kurang 1 ekar bersebelahan Madrasah ini dan telah diwakafkan bagi tujuan pendidikan Islam .

Namun dengan dorongan dan serta semangat Ahli Jawatankuasa Madrasah ini , Tuan Guru Haji Abdul Razak telah bersetuju untuk mendirikan Pusat Pendidikan Islam di peringkat kanak-kanak dengan mewujudkan sebuah Pusat Taska dan Pusat Tahfiz Al-Quran  di tempat tapak baru yang di wakafkan itu .

InsyaAllah dengan kerjasama dari semua pihak Madrasah Ehya Ulumiddin kini telah pun dalam usaha membangunkan Pusat Taska dan Pusat Tahfiz Al-Quran dengan hasrat agar dapat menyinar kembali cahaya Ilmuan Islam di peringkat kanak-kanak khasnya dan di peringkat dewasa amnya .

Dalam usaha meningkatkan syiar Islam ini , mudah mudahan Madrasah ini juga dapat melahirkan generasi Al-Quran yang syumul di masa hadapan , InsyaAllah ..

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)

Post a Comment